400+ Pilihan Kereta · Cari Ikut Jumlah LOU
Mohon Dahulu. Bila Lulus, Kami Carikan Kereta.
Mohon pembiayaan secara percuma dahulu. Selepas permohonan diluluskan dan jumlah dalam LOU diketahui, Steady Motor akan mencari beberapa pilihan daripada 400+ kereta yang paling sesuai dengan jumlah tersebut untuk anda lihat dan pilih.
- Permohonan percuma
- Tiada kewajipan membeli
- Pilih selepas tahu jumlah LOU
Kelulusan dan jumlah LOU tertakluk kepada pihak pembiaya. Anda tidak wajib membeli. Bayaran tempahan hanya dibuat selepas anda memilih dan bersetuju dengan satu unit.
400+ Pilihan Kereta
Cari kereta yang anda mahu—bukan tunggu iklan muncul.
Pilihan kami lebih banyak daripada yang dipaparkan online. Beritahu model, jenis atau bajet anda; kami semak pilihan yang sesuai dan aturkan viewing di Steady Motor.
Tak jumpa di website? Tanya kami dahulu.Beritahu Kami Kereta & Bajet Anda
Contoh: Myvi 2020, harga sekitar RM36,000 atau bayaran RM400+ sebulan. Kami cuba mohon pembiayaan dahulu. Bila lulus dan jumlah LOU diketahui, kami cari pilihan paling sesuai untuk anda.
Isi gaji bersih supaya pasukan kami boleh memahami lingkungan permohonan anda.
Tiada kewajipan membeli sebelum anda memilih dan bersetuju dengan satu unit.
Bila bayaran tempahan dibuat?
Hanya selepas satu unit tertentu dan harga tunainya dikenal pasti, anda telah melihat maklumat unit, bersetuju sepenuhnya dan menerima dokumen serta terma bertulis yang diwajibkan.
Yuran tempahan tidak melebihi 1% daripada harga tunai unit, tertakluk kepada maksimum RM1,000. Resit rasmi akan diberikan dan bayaran tempahan menjadi sebahagian daripada deposit pembelian.
Bagaimana jika tempahan dibatalkan?
Jika pelanggan menarik balik tempahan, 90% daripada yuran tempahan akan dipulangkan. Jika Steady Motor tidak dapat menyerahkan unit yang dipersetujui, bayaran tempahan atau deposit akan dipulangkan sepenuhnya.
Semua pembatalan dan pemulangan dikendalikan mengikut terma bertulis yang diberikan sebelum pembayaran serta undang-undang yang berkuat kuasa.
Anggaran masa dan manfaat yang sama
Proses yang jelas dari dokumen lengkap sehingga unit sedia untuk diserahkan.
Kebiasaannya sekitar 14–15 hari
Tempoh ini ialah anggaran, bukan jaminan. Masa sebenar bergantung pada pihak pembiaya, dokumen lengkap, LOU, ketersediaan unit, pemeriksaan dan urusan pendaftaran.
Waranti dan penghantaran
Selepas jualan selesai, pelanggan menikmati waranti percuma 1 bulan, tertakluk kepada terma waranti, serta penghantaran percuma di seluruh Sarawak.
Soalan Lazim
Perkara penting sebelum anda memulakan semakan.
Adakah permohonan pembiayaan dikenakan bayaran?
Tidak. Permohonan melalui Steady Motor adalah percuma.
Adakah pembiayaan pasti diluluskan?
Tidak. Kelulusan, jumlah, kadar, tempoh dan syarat ditentukan oleh pihak pembiaya.
Adakah saya wajib membeli selepas tahu kelayakan?
Tidak. Anda boleh berhenti tanpa bayaran sebelum memilih dan membuat tempahan bagi satu unit tertentu.
Bagaimana dokumen kewangan dihantar?
Mulakan dengan maklumat asas sahaja. Pasukan kami akan memberikan saluran rasmi, notis privasi dan kebenaran perkongsian data sebelum dokumen kewangan dikongsi dengan pihak pembiaya.
Bagaimana jika kereta tidak ada di website?
Beritahu model, spesifikasi atau bajet anda. Banyak lagi pilihan tidak dipaparkan online dan kami boleh menyemak pilihan yang sesuai untuk diaturkan viewing di Steady Motor.
Bila saya perlu membuat keputusan?
Selepas jumlah LOU diketahui, kami akan mencari pilihan yang sepadan untuk anda lihat. Pilih dan setuju dengan satu unit hanya apabila anda benar-benar yakin.
Mohon dahulu, pilih selepas tahu jumlah LOU
Sudah tahu jumlah LOU? Kami bantu carikan kereta yang paling sesuai.
Mulakan dengan maklumat asas sahaja. Pasukan Steady Motor akan menerangkan dokumen, privasi dan langkah seterusnya.
